Follow Dashboard

//Miss Him :(
Thursday, 17 January 2013 | 21:42 | 0 comments

 Hi Assalamualaikum. Kini sudah dua minggu aku tidak berkongsi suka dan duka bersama yang dicintai. Makin bertambah hari makin bertambah lah rindu. Kadang ada jugak aku berasa sedih kerna tidak dapat mendengar suara, berjumpa dan berkomunikasi antara satu sama lain. Tapi aku tahu, aku boleh teruskan hidup seperti ini sehingga yang dicintai pulang ke rumah. Yang dicintai pernah berkata, permergiannya selama 3 bulan ini dia mengharapkan kekasih manjanya belajar untuk berdikari dan hidup sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Hm apakan daya, aku tetap bersabar menunggu kepulangan yang dicintai dan teruskan hidup kami seperti biasa.

Banyak kali sudah dibilang supaya aku tidak buat hal, dgr cakap mama dan jgn berhenti untuk tunggu yang dicintai pulang. Aku simpan kata kata itu, aku kuncikan di otak. Aku juga berharap aku boleh meneruskan hidup untuk 3 bulan ini tanpa kasih sayang yang dicintai. Semenjak permergiaan dia, setiap saat aku fikirkan keadaan dia disana. Hm bagaimana pula perasaan dia disana yang hidup tanpa aku disisi? Aku takot dan risau kalau kalau dia tidak boleh teruskan segalanya tanpa aku memberi semangat padanya.

Hm kadang aku terfikir, mungkin tuhan nak aku dan dia cuba untuk hidup sendiri dan tak mengaharapkan antara satu sama lain. Sbb itu tuhan takdirkan dia untuk pergi ke PLKN. Hm aku berharap dia selalu rindukan aku mcm mana aku rindukan dia. Dan dia selalu mengingati aku seperti mana aku juga begitu. Aku berjanji aku akan tunggu dia. Dan aku harap dia juga sabar dgn keadaan ini. Dia juga berjanji tidak akan kecewakan aku dan mulakan hidup baru selepas pulangnya dia ke sini. Aku selalu doakan kebaikan yang dicintai. Aku harap hubungan kami tk kan berhenti di pertengahan jalan dan terus kekal hingga akhir zaman. Amin.

XOXO Apin :*


Old things | New things