Follow Dashboard

//Kebahagiaan
Wednesday, 31 October 2012 | 20:22 | 1 comments


Semua orang perlukan kebahagiaan. Sama macam dia. Setiap hari dia ingin kan kebahagiaan dan berkongsi kebahagiaan tu bersama yang tersayang. Dia tak pernah menyerah untuk berusaha membahagiakan kekasih dia walaupun dia menanggung sedih dan duka seorang diri. Pernah di kata, "susah senang kau kite tanggung sama sama, senang aku pon ditanggung bersama. Tapi duka aku biarlah aku yang tanggung seorang" Sebenarnya dia tak nak tengok orang yg dia sayang susah sbb dia. Dia takot, dia takot kekasih pergi tinggalkan dia dan kekasih tk dapat fokus dlm pelajaran. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tapi ingat lah kekasih, dia berdiam bukan sbb tak menghargai kekasih tapi dia berdiam kerana tak nak menyusahkan dan menambah beban yang dah sedia ada.

Setiap hari dia berkata kepada kawan dia yang dia sgt rindu kan kekasih dia. Kekasih yang selalu menjaga dia, kekasih yang selalu berikan dia semangat bila dia jatuh. Bila dia berkata yang dia rindukan kekasih, percaya lah dia maksud kan ape yang dia cakap. Tapi setiap hari dia hanya mampu melihat gambar di handphone dan barang kenangan mereka untuk lepaskan rindu yang dah lama dia pendam. Malah bila mereka berjumpa, rindu dia pada kekasih tidak pernah hilang tetapi makin bertambah. Kadang dia menangis bersandarkan dinding dan berteman kan bear yang diberikan oleh kekasih sambil teringatkan kenangan gembira mereka bersama. Tapi dia tetap tabah menunggu hari bahagia mereka kekal sampai bila-bila.

Dia berharap kegembiraan yang dia rase selama ni kekal sampai bila-bila. Tak kan pernah dia mendapat pengganti yang sama macam kekasih. Bagi dia, kekasih dah cukop sempurna untuk dia jadikan teman hidup sampai bila-bila. Dia tak mahukan harta, nama ataupun kekayaan. Dia cuma mahukan kekasih cintakan dia lebih dari segalanya dan dia mahukan yang terbaik untuk masa depan kekasih. Even dia tahu dia tk dapat bahagiakan kekasih tapi dia tetap berusaha selagi dia mampu. Mungkin dia tak amik tahu pasal kekasih tapi percaya lah, dalam hati dia, dia sgt risaukan kekasih cuma tak tahu mcm mana nak ucapkan kata sayang, risau dan ucapan terima kasih itu.

Mengharap yang indah tetap menjadi indah. Yang gembira selamanya gembira. Yang duka dijadikan pengajaran. Yang sedih ditukarkan kepada ketawa. Yang baik tetap menjadi yang terbaik. Yang burok diusaha kepada yang baik. Masa silam tetap menjadi masa silam. Yang sekarang dicuba untuk kekal kan sehingga ajal menemui mereka. Dan kebahagiaan selamanya mendampingi mereka.


Old things | New things