//Terima Kasih
Sunday, 16 September 2012 | 21:05 | 0 comments
Setiap pagi aku dikejutkan dgn suara dia. Setiap malam aku ditidurkan oleh suara dia. Tak pernah dalam sehari dia menghilang dari ingatan aku. Mungkin jarak tempat tinggal aku dan asrama dia menjadi penghalang untuk kami selalu berjumpa. Namun hati aku masih lagi pada dia dan begitu jugak dia. Setiap hari dia melafazkan kata cinta dan rindu pada aku. Aku menerima dgn ikhlas tanpa ragu-ragu. Aku percaya dia sayangkan aku sepenuh hati dia kerana banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk buktikan yang dia sgt sayangkan aku.
Setiap malam pasti dia cuba untuk temani aku sehingga aku tertidur semasa kami sdg oncall kerana dia takot aku tak boleh tidur. Dia tahu yang aku tak biasa tidur berseorangan dan aku cepat takut. Dia sanggup walaupun dia penat sehari suntuk dgn aktiviti sekola, Dia sanggup walaupun dia harus bangun dari tidur lenanya tanpa sebarang keluhan. Kadang aku pernah terfikir, adakah aku ni hanya beban untuk dia? Tapi aku tak berani untuk luahkan sbb aku takot.. takot persoalan tu boleh menyebabkan pergaduhan. Aku selalu ingatkan dia yang aku sgt sayang kan dia dan aku tak nak dia tinggalkan aku.
Satu haritu aku rase risau sgt sbb dia tak call or text aku. Aku tengok jam dah pukol 3 lebih petang. Selalunya pukol 2 lebih dia dah call. Tp tkpe lahh aku diamkan je then suddenly dia call dan dia kata fon dia rosak. Firstly aku dah terfikir, mcm mana aku nak tidur malam ni? And mcm mana aku nak buat aktiviti harian aku yang dah biasa ade dia tapi kali ni dia tkde? Tapi aku cuma cakap tkpe lahh nak tak nak tunggu la seminggu so bila dia balik dari asrama dia boleh bawak fon dia yg lagi satu tuu. Tapi dia bgtahu aku yang dia dah beli fon dari kawan sekola dia yang dudok luar semata mata nak teman aku tidur. Meleleh air mata aku bila aku dgr tapi aku diam kan. Aku rase mcm sgt sgt dihargai dan aku rase dia memang perlukan aku. Tapi aku rase serba salah sampai harini sbb sepatutnya duit duit tu untuk makan sekola dia. Serius aku rase serba salah sgt :'/
Aku sedar, aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku sedar, aku ni selalu sakit kan hati dia. Tapi aku cuba perbaiki mana yang tak betul. Aku cuba jadi yang terbaik even aku tahu aku tak mampu. Aku try untuk jaga hati dia, aku try untuk buat dia ketawa. Biar aku yang merana, biar aku yang menangis asalkan dia bahagia dia ketawa. Kalau sampai ditakdirkan dia bukan milik aku, aku harap cinta dia yang seterusnya lebih baik dari aku dan lebih memahami dia, bukan makin bawa die ke jalan yang dulu. Tapi aku harap kau panjangkan lah jodoh kami Ya Allah agar kami boleh berkongsi suka dan duka bersama sampai bila bila, Amin :)
Lots of love; Apin



Me

