//Kisah Cinta
Saturday, 21 July 2012 | 11:33 | 0 comments
Setiap hari penuh dengan ketawa senda antara aku dgn dia. Setiap hari aku diberi peluang menumpang kasih pada dia. Setiap hari aku meluahkan segala perasaan aku pada dia. Kehadiran dia dalam hidop aku telah mengubah sedikit demi sedikit jalan hidup aku :)
Minggu tu, aku kecewa. Hati aku hancur and aku rasa hidop aku tk bermakna lagi. Rasa mcm nak lari tegak langgar tiang. Satu persatu masalah datang. Kawan-kawan menghilang, tkde tempat mengadu. Keluarga pulak tkde kt rumah so kekecewaan tu aku tanggung sorg dan aku rasa life aku sunyi sgt. Tapi Allah itu maha adil. Setiap penderitaan yang kita lalui akan diberi kegembiraan kelak. Dia dtg dalam life aku. Pada mulanya aku dgn dia hanya lah kawan di facebook. Dia mula tegor aku bila dia nampak kesedihan aku yg aku luahkan kt fb. Dia bagi aku semangat untuk aku teroskan kehidupan ini dan sejak itu dia lah tempat untuk aku mengadu segala masalah aku.
Kami mula rapat dari hari ke hari. Kami msg, call, skype. Dia cuba buat aku happy, ketawa. Katanya dia tak suke tengok aku sedih menangis. Tanpa aku sedar yang sebenarnya dia cuba untuk ubat luka dekat hati aku. Aku mula bertanya tentang hidop dia. Rupanya hidop kami tiada beza. Tapi dugaan dia lagi berat dari dugaan yang Allah bagi kt aku. Dia tetap tabah hadapi semuanya tanpa menunjuk kan yang sebenarnya dia dalam kesedihan. Semakin kami rapat, makin banyak cerita yang kami kongsi kan.
Dan tak disangka, satu hari tu bila kami skype, dia bertanya. "Sudikah awak jadi moksu pada anak-anak sedara saya?" Saya hanya mampu senyum dan tukar pembicaraan kepada benda lain. Bagi aku masa itu aku tk boleh terima sesiapa dalam hidop aku semenjak pemergian kekasih yang sgt aku sayangi. Dekat setiap hari dia tanya kan benda yang sama tapi dalam soalan yang berlainan. Aku pula hanya mampu senyum, ketawa dan tak serius. Aku tahu yang dia jujur dan serius untuk jadikan aku yang terakhir untuk dia tapi apakan daya, hati aku masih pada kekasih itu.
Katanya, aku mirip dgn arwah mak dia. Sebab itu dia bersungguh-sungguh ingin aku menjadi cinta terakhir dia dan berharap agar aku dapat membimbing dia dari dunia gelap dia. Aku cuma buat endah tak endah tentang persoalan dia. Tapi satu malam tu aku nampak dia tertido depan skype and tetibe aku fikirkan balek pasal soalan dia tu. Lama jugak aku terfikir termenung. Then aku dah dapat jawapan untuk soalan dia ituu.
Dua tiga hari lepastu dia tanya kan lagi soalan yang sama. Kali ni aku dah ada jawapannya. Aku katakan yang aku terima dia dalam hidop aku dan aku terima seadanya dia. Die bersorak kegembiraan dan aku pula gembira bila tengok dia gembira. Malam tu aku terfikir, sampai bila aku nak hidop dalam bayang-bayang org yang dah pergi tinggalkan aku yang dah tk nak kan aku. Hidop hanya sekali dan aku rasa aku patot menghargainya. Dgn cara tu mungkin aku akan buatkan hidop aku lebih baik dari yang sebelumnya. Tak salah kan cuba sebelum mengalah? :)
Dia ubati hati aku yang luka teruk. Dia lah boyfriend. Dia lah kawan sejati. Dia lah tempat mengadu. Dia lah keluarga. Dia lah cikgu. Dia lah kekasih. Dia lah segala-galanya untuk aku. Sudah masa untuk aku move on. Sayang aku pada dia mungkin tak sehebat mcm sayang aku pada kekasih dulu tapi aku akan cuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang aku untuk dia. Hari ke hari dia buatkan aku rasa dihargai.
Semangat aku yang hilang dulu telah dikembali kan oleh dia. Hati aku yang retak dulu telah diubati oleh dia. Tangisan air mata aku dulu telah dihapuskan oleh dia. Kelemahan aku telah ditambah dgn kekuatan dia. Mcm mana aku, mcm itu lah jugak dia menerima aku dalam hidopnya. Yang sudah itu sudah, aku hanya jadikan itu sebagai pengajaran yang aku tk kan ulangi lagi. Alhamdulilah dia berjaya membuat aku bangun bila aku jatuh. Die perbetolkan mana yang salah. Dia berkongsi suka dan duka bersama aku. Tidur malam aku sunyi tanpa suara dia.
Bagi aku, tak semudahnya untuk aku ungkap kan cinta. So aku harap aku akan cintakan dia satu hari nanti.
#P.S; Terima kasih kerana berada pabila susah senang suka duka saya. Insyallah saya akan jadi yang terakhir untuk awak dan saya akan ada jatuh bangun awak. Saya terima awak seadanya awak. Saya mintak maaf sbb banyak kali buat awak terasa dgn sikap saya. Saya akan cuba ubah perangai saya demi awak. Takecare. Iloveyou :)
Love; Apin Comel



Me


